|
Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
Tuesday, August 23, 2011 | Tuesday, August 23, 2011 | 2 comments
Kisah 2Pada tahun 1973, pelakon terkenal Anthony Hopkins dipilih untuk membintangi filem yang diadaptasi daripada novel George Feifer iaitu The Girl From Petrovka. Bagi memudahkannya menjiwai watak, Hopkins mencari novel tersebut di toko-toko buku sepanjang Charing Cross Road, London, tetapi gagal menemuinya. Setelah kecewa dan letih kerana berjalan berjam-jam lamanya, aktor tersebut pergi ke stesen kereta api bawah tanah di Leicester untuk pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya Hopkins, bila melihat novel tersebut ada di atas kerusi stesen kereta api! Dalam satu pertemuan antara Hopkins dan Feifer tidak lama kemudian, penulis tersebut memberitahu dia sendiri tidak memiliki walau senaskah novel yang ditulisnya itu. Kata Feifer, naskah terakhir novelnya telah dipinjamkan kepada seorang kawan yang tinggal di kota London, malangnya telah dicuri semasa ditinggalkan dalam kereta. Hopkins menunjukkan novel yang dijumpainya di stesen kereta api bawah tanah, yang kebetulan turut dibawa dalam pertemuan itu. "Hey! Inilah novel saya yang hilang tu!" jerit Feifer sambil menunjukkan nota-nota yang ditulisnya pada ruang kosong di setiap halaman novel berkenaan. Labels: aku baca aku share |