|
Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
Tuesday, August 23, 2011 | Tuesday, August 23, 2011 | 0 comments
Kisah 5Pada tahun 1858, seorang lelaki bernama Robert Fallon telah ditembak mati oleh kawan-kawannya ketika bermain poker. Mereka menembak Fallon kerana mendakwa lelaki itu menang sebanyak 600 pound pada hari itu dengan cara menipu. Setelah Fallon mati, tiada seorang pun kawannya yang sanggup mengambil duit kemenangan Fallon. Bagi mereka duit tersebut sial. Kemudian seorang lelaki muda sanggup menggantikan tempat Fallon dan mereka memberikan duit kemenangan Fallon kepadanya untuk depertaruhkan. Tidak lama kemudian pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menyiasat pembunuhan tersebut. Pada masa yang sama lelaki yang telah menggantikan tempat Fallon itu telah menang sebanyak 2,200 pound. Pihak polis kemudiannya meminta lelaki tadi menyerahkan wang sebanyak 600 pound yang dimenangi Fallon, kepada keturunannya. Menakjubkan, setelah disiasat rupa-rupanya lelaki tadi sebenarnya adalah anak kandung Fallon. Mereka telah berpisah selama tujuh tahun dan saling tidak mengenali! Kisah menarik ini telah dicatatkan dalam Ripley's Giant Book of Believe It or Not. Labels: aku baca aku share Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
| Tuesday, August 23, 2011 | 0 comments
Kisah 4Seorang penulis buku seram terkenal, Edgar Allan Poe, menulis sebuah buku berjudul The Narrative of Arthur Gordon Pym. Buku itu mengisahkan empat orang yang dalam pelayaran terselamat ketika kapal mereka karam di laut. Ketika bertarung untuk hidup tanpa makanan, mereka telah membunuh dan memakan seorang petugas kabin yang diberi nama Richard Parker. Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1884 satu peristiwa benar telah berlaku. Sebuah kapal yang dalam pelayaran iaitu Mignonette tenggelam di lautan. Yang terselamat hanya empat orang dan mereka berada di atas sebuah kapal kecil berhari-hari lamanya. Kemudian salah seorang yang terselamat itu telah membunuh dan memakan seorang petugas kabin yang terselamat bersama mereka. Mengejutkan! Nama petugas kabin itu ialah Richard Parker, sama seperti di dalam novel Edgar Allan Poe! Labels: aku baca aku share Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
| Tuesday, August 23, 2011 | 0 comments
Kisah 3Pada tahun 1883, seorang lelaki bernama Henry Ziegland telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana menganggap wanita itu membawa sial dalam hidupnya. Akibat kecewa dengan keputusan Henry Ziegland, kekasihnya telah membunuh diri. Kejadian itu menimbulkan kemarahan abang bekas kekasihnya lalu mengejar Ziegland dan menembaknya. Peluru itu tepat mengenai bahagian pipi Ziegland dan dia jatuh terjelopok. Abang bekas kekasihnya yang menyangka Ziegland sudah mati, Bertindak menembak dirinya sendiri kerana takut. Tetapi Ziegland sebenarnya belum mati. Peluru tersebut hanya menggores wajahnya dan peluru itu melekat di sebatang pokok. Ziegland yakin bahawa dia lelaki yang beruntung. Beberapa tahun kemudian, Ziegland memutuskan untuk menebang pokok tersebut yang mana peluru yang mengenainya dahulu masih melekat di dalamnya. Tugas itu nampaknya sukar sehingga Ziegland memutuskan untuk menghancurkan pokok tersebut menggunakan bahan letupan. Setelah dilekatkan bahan letupan sekitar pokok, Ziegland meletupkannya. Ketika meletup, ledakan tersebut telah melontarkan peluru yang tertanam di pokok tersebut tepat ke kepala Ziegland dan membunuhnya. Labels: aku baca aku share Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
| Tuesday, August 23, 2011 | 2 comments
Kisah 2Pada tahun 1973, pelakon terkenal Anthony Hopkins dipilih untuk membintangi filem yang diadaptasi daripada novel George Feifer iaitu The Girl From Petrovka. Bagi memudahkannya menjiwai watak, Hopkins mencari novel tersebut di toko-toko buku sepanjang Charing Cross Road, London, tetapi gagal menemuinya. Setelah kecewa dan letih kerana berjalan berjam-jam lamanya, aktor tersebut pergi ke stesen kereta api bawah tanah di Leicester untuk pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya Hopkins, bila melihat novel tersebut ada di atas kerusi stesen kereta api! Dalam satu pertemuan antara Hopkins dan Feifer tidak lama kemudian, penulis tersebut memberitahu dia sendiri tidak memiliki walau senaskah novel yang ditulisnya itu. Kata Feifer, naskah terakhir novelnya telah dipinjamkan kepada seorang kawan yang tinggal di kota London, malangnya telah dicuri semasa ditinggalkan dalam kereta. Hopkins menunjukkan novel yang dijumpainya di stesen kereta api bawah tanah, yang kebetulan turut dibawa dalam pertemuan itu. "Hey! Inilah novel saya yang hilang tu!" jerit Feifer sambil menunjukkan nota-nota yang ditulisnya pada ruang kosong di setiap halaman novel berkenaan. Labels: aku baca aku share Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
| Tuesday, August 23, 2011 | 0 comments
Kisah 1Pada tahun 1979, sebuah majalah Jerman, Das Besteran menganjurkan satu pertandingan mengarang cerita. Peserta perlu mengirim cerita menarik tetapi berdasarkan kisah benar. Selepas berlangsung, pertandingan itu dimenangi oleh Walter Kellner peserta dari Munich. Walter Kellner menulis tentang pengalamannya ketika menerbangkan pesawat Cessna 421 dari Sardinia ke Sicily. Dalam penerbangan melintasi laut, pesawat yang dipandunya mengalami masalah enjin dan dia terpaksa mendarat di atas air. Walter Kellner yang terselamat, terapung-apung di atas air dengan pelampung sebelum diselamatkan. Secara tidak sengaja, cerita tersebut dibaca oleh seorang warga Australia yang namanya juga Walter Kellner. Walter Kellner dari Australia menuduh penulis tersebut menulis berdasarkan pengalamannya. Kellner dari Australia memberitahu bahawa dia juga menerbangkan pesawat Cessna 421, melintasi laut yang sama, dan akhirnya mendarat di atas landasan di Sardinia. Majalah tersebut kemudiannya menjalankan siasatan. Hasilnya amat mengejutkan. Memang benar, kedua-duanya mengalami pengalaman yang sama dan hampir serupa. Cuma cara dan tempat pendaratan yang berbeza. Labels: aku baca aku share |