|
Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
Tuesday, August 23, 2011 | Tuesday, August 23, 2011 | 0 comments
Kisah 4Seorang penulis buku seram terkenal, Edgar Allan Poe, menulis sebuah buku berjudul The Narrative of Arthur Gordon Pym. Buku itu mengisahkan empat orang yang dalam pelayaran terselamat ketika kapal mereka karam di laut. Ketika bertarung untuk hidup tanpa makanan, mereka telah membunuh dan memakan seorang petugas kabin yang diberi nama Richard Parker. Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1884 satu peristiwa benar telah berlaku. Sebuah kapal yang dalam pelayaran iaitu Mignonette tenggelam di lautan. Yang terselamat hanya empat orang dan mereka berada di atas sebuah kapal kecil berhari-hari lamanya. Kemudian salah seorang yang terselamat itu telah membunuh dan memakan seorang petugas kabin yang terselamat bersama mereka. Mengejutkan! Nama petugas kabin itu ialah Richard Parker, sama seperti di dalam novel Edgar Allan Poe! Labels: aku baca aku share |