|
Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
Tuesday, August 23, 2011 | Tuesday, August 23, 2011 | 0 comments
Kisah 3Pada tahun 1883, seorang lelaki bernama Henry Ziegland telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana menganggap wanita itu membawa sial dalam hidupnya. Akibat kecewa dengan keputusan Henry Ziegland, kekasihnya telah membunuh diri. Kejadian itu menimbulkan kemarahan abang bekas kekasihnya lalu mengejar Ziegland dan menembaknya. Peluru itu tepat mengenai bahagian pipi Ziegland dan dia jatuh terjelopok. Abang bekas kekasihnya yang menyangka Ziegland sudah mati, Bertindak menembak dirinya sendiri kerana takut. Tetapi Ziegland sebenarnya belum mati. Peluru tersebut hanya menggores wajahnya dan peluru itu melekat di sebatang pokok. Ziegland yakin bahawa dia lelaki yang beruntung. Beberapa tahun kemudian, Ziegland memutuskan untuk menebang pokok tersebut yang mana peluru yang mengenainya dahulu masih melekat di dalamnya. Tugas itu nampaknya sukar sehingga Ziegland memutuskan untuk menghancurkan pokok tersebut menggunakan bahan letupan. Setelah dilekatkan bahan letupan sekitar pokok, Ziegland meletupkannya. Ketika meletup, ledakan tersebut telah melontarkan peluru yang tertanam di pokok tersebut tepat ke kepala Ziegland dan membunuhnya. Labels: aku baca aku share |