|
Takdir, kebetulan atau...(MASTIKA)
Tuesday, August 23, 2011 | Tuesday, August 23, 2011 | 0 comments
Kisah 5Pada tahun 1858, seorang lelaki bernama Robert Fallon telah ditembak mati oleh kawan-kawannya ketika bermain poker. Mereka menembak Fallon kerana mendakwa lelaki itu menang sebanyak 600 pound pada hari itu dengan cara menipu. Setelah Fallon mati, tiada seorang pun kawannya yang sanggup mengambil duit kemenangan Fallon. Bagi mereka duit tersebut sial. Kemudian seorang lelaki muda sanggup menggantikan tempat Fallon dan mereka memberikan duit kemenangan Fallon kepadanya untuk depertaruhkan. Tidak lama kemudian pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menyiasat pembunuhan tersebut. Pada masa yang sama lelaki yang telah menggantikan tempat Fallon itu telah menang sebanyak 2,200 pound. Pihak polis kemudiannya meminta lelaki tadi menyerahkan wang sebanyak 600 pound yang dimenangi Fallon, kepada keturunannya. Menakjubkan, setelah disiasat rupa-rupanya lelaki tadi sebenarnya adalah anak kandung Fallon. Mereka telah berpisah selama tujuh tahun dan saling tidak mengenali! Kisah menarik ini telah dicatatkan dalam Ripley's Giant Book of Believe It or Not. Labels: aku baca aku share |